Selamat Datang

Bengkel Pembinaan Slaid Interaktif dan Pembangunan Chatbot

Anjuran:
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Agenda Bengkel

Sesi Pagi
8:30 - 9:30 AM Kejuruteraan Prompt
9:30 - 10:30 AM Projek Penjanaan Kandungan
10:30 - 10:45 AM REHAT
10:45 - 11:45 AM Penjanaan & Paparan Slaid
11:45 AM - 12:00 PM Pembentangan Projek Slaid
12:00 PM - 1:00 PM Persediaan Pembangunan Chatbot
Sesi Petang
1:00 - 2:30 PM REHAT & MAKAN TENGAHARI
2:30 - 3:00 PM Pembinaan Profil Chatbot
3:00 - 3:30 PM Amali Membina Chatbot (Botpress)
3:30 - 4:00 PM Persediaan Pembentangan
4:00 - 4:15 PM Pembentangan Chatbot
4:15 - 4:30 PM Refleksi & Maklum Balas
4:30 PM Penutup & Bersurai

Kejuruteraan Prompt

Gambaran Keseluruhan Komponen Prompt

Kerangka ABM

Pelan Arkitek. Ia adalah struktur asas prompt anda. Ia memastikan semua maklumat penting (Apa, Bagaimana, Mengapa) disertakan.

Teknik Persona

Pakar Hiasan Dalaman. Ia memberikan AI satu peranan spesifik, yang akan mempengaruhi gaya, nada, dan perspektif jawapannya.

Chain-of-Thought

Jurutera Projek. Ia mengarahkan AI untuk "berfikir langkah demi langkah", membantu menyusun jawapan yang logik untuk tugasan kompleks.

Kerangka Teras: ABM

Memahami Prinsip Asas A (Apa), B (Bagaimana), M (Mengapa)

Prinsip Asas: "Garbage In, Garbage Out"
Kualiti output AI bergantung sepenuhnya pada kualiti input (prompt) anda.

Gunakan Kerangka ABM untuk membina prompt yang terperinci dan profesional:

  • A (Apa): Spesifikasi Tugasan. Apa yang perlu AI lakukan? (Cth: Analisis, Cipta)
  • B (Bagaimana): Format & Gaya. Bagaimana output patut kelihatan? (Cth: Jadual, Emel)
  • M (Mengapa): Konteks & Tujuan. Kenapa anda perlukan ini dan untuk siapa? (Cth: Untuk pelajar Tingkatan 5)

Latihan 1: Mencipta Prompt Aktiviti

Tugasan anda adalah untuk mengubah prompt yang lemah di bawah menjadi satu prompt yang kuat dan terperinci menggunakan Kerangka ABM.

Tema Tugasan: Mencipta Aktiviti Interaktif

Prompt Lemah: "Buat aktiviti untuk pelajar."

A (Apa):

B (Bagaimana):

M (Mengapa):

Galeri Templat Prompt ABM

Contoh prompt yang boleh diubah suai untuk pelbagai tugasan.

Tugasan: Menjana Idea Modul

[A] Cipta 3 idea utama untuk modul kemahiran komunikasi bagi pelajar yang akan menghadapi temu duga kemasukan universiti.

[B] Bagi setiap idea, sertakan objektif, satu aktiviti ringkas, dan cara penilaian. Gunakan format senarai bernombor.

[M] Ini untuk membantu kaunselor menyediakan bahan latihan persediaan yang praktikal dan relevan untuk pelajar Tingkatan 6.

Tugasan: Membina Rubrik Penilaian

[A] Jana satu rubrik penilaian terperinci untuk tugasan pembentangan kumpulan.

[B] Buat dalam format jadual dengan lajur: 'Kriteria', 'Cemerlang (8-10)', 'Baik (5-7)', 'Memuaskan (1-4)'. Kriteria perlu merangkumi kandungan, penyampaian, kerjasama, dan visual.

[M] Rubrik ini bertujuan untuk memberikan panduan pemarkahan yang telus dan objektif kepada pensyarah dan juga pelajar.

Latihan 2: Mengenal Pasti Had ABM

Lihat bagaimana prompt ABM yang baik masih boleh menghasilkan output yang kurang sesuai.

Senario:

Anda perlu menulis draf emel kepada ibu bapa seorang pelajar yang kerap ponteng kelas. Bina satu prompt menggunakan kerangka ABM sahaja.

Latihan 3: Menggabungkan Teknik

Sekarang, pertingkatkan prompt anda dengan Persona dan Chain-of-Thought.

Teknik Persona: Beri AI peranan spesifik. Cth: "Bertindak sebagai seorang guru disiplin yang prihatin tetapi tegas..."
Chain-of-Thought (CoT): Arah AI berfikir langkah demi langkah. Cth: "...Fikir langkah demi langkah untuk struktur emel ini..."
Tugasan:

Tulis semula prompt dari Latihan 2 dengan menggabungkan Teknik Persona dan Chain-of-Thought untuk menghasilkan draf emel yang lebih baik.

Latihan 4: Projek Integrasi

Gunakan semua teknik untuk menjana satu set bahan yang lengkap.

TUGASAN: Hasilkan "Toolkit Pengurusan Stres Peperiksaan" untuk pelajar SPM.

Minta AI merangka struktur keseluruhan toolkit (cth: Objektif, 3 Modul Utama, Penilaian).

Pilih SATU modul dari rangka tadi, dan minta AI menjana kandungan terperinci untuk modul tersebut.

Minta AI menukar kandungan modul tadi kepada format yang lebih menarik (cth: skrip video pendek atau siri infografik).

Latihan 5: Cabaran Prompt Visual

Gunakan kemahiran prompting anda untuk menjana imej yang kreatif.

Cabaran Utama:

Tulis satu prompt yang menggabungkan imej di sebelah kiri dengan gaya lukisan "Starry Night" oleh Van Gogh di sebelah kanan.

Kucing memakai topi keledar angkasawan+Lukisan Starry Night

Arahan: Log masuk ke Gemini (gemini.google.com), jana imej, dan muat naik hasilnya ke pautan Canva ini.

Idea Tugasan Alternatif (untuk Pensyarah):
  • Metafora Visual: Hasilkan imej yang melambangkan konsep 'pembelajaran teradun' (blended learning) dalam gaya seni cat air digital.
  • Ikon Infografik: Jana satu set 3 ikon minimalis moden untuk slaid pengajaran mengenai 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)'.

Rumusan Bahagian 1

Perkara utama yang telah kita pelajari dalam sesi Kejuruteraan Prompt.

  • Kerangka ABM (Apa, Bagaimana, Mengapa) adalah asas untuk prompt yang jelas dan berstruktur.
  • Teknik Persona membantu AI memberikan output dengan nada dan gaya yang betul.
  • Untuk tugasan besar, gunakan pendekatan Multi-Layer Prompting: mulakan dengan struktur, kemudian isi kandungan, dan akhir sekali perhalusi.

Seterusnya, mari uji kefahaman anda dengan satu kuiz pantas!

Kuiz Pantas Bahagian 1

Uji kefahaman anda tentang Kejuruteraan Prompt.

1. Apakah komponen 'M' dalam kerangka ABM?

2. Teknik manakah yang paling sesuai untuk memberikan AI nada atau gaya perbualan yang spesifik?

3. Apakah tujuan utama teknik Chain-of-Thought (CoT)?

4. Apakah langkah pertama dalam teknik Multi-Layer Prompting?

5. Anda mahu AI menjana satu rancangan pengajaran. Prompt manakah yang paling berkesan?

Projek Penjanaan Kandungan

Aplikasikan kemahiran anda untuk menjana bahan pengajaran bagi subjek anda.

Pilih satu topik kursus anda. Bina prompt untuk setiap tugasan di bawah.

Langkah Seterusnya:
  1. Salin prompt yang telah anda bina dari ruangan di atas.
  2. Buka Gemini AI dan tampalkan prompt anda.
  3. Gunakan hasil janaan AI untuk membina slaid anda.

Penjanaan & Paparan Slaid

Ikuti langkah-langkah untuk hoskan slaid anda.

Pembentangan Projek Slaid

Masa untuk berkongsi hasil kerja anda!

Setiap peserta/kumpulan akan berkongsi hasil penjanaan bahan kursus mereka.

  • Terangkan topik yang anda pilih.
  • Tunjukkan contoh prompt yang anda gunakan.
  • Kongsi hasil kandungan yang dijana (nota, soalan, dll.).
  • (Jika ada) Tunjukkan slaid HTML yang telah anda siarkan.

Apresiasi & Penghargaan

Tahniah diucapkan kepada semua atas penyertaan yang hebat!

Setiap perkongsian adalah berharga. Terima kasih atas usaha dan kreativiti anda dalam menjana dan membentangkan projek slaid masing-masing.

Bahagian 2: Pembangunan Chatbot

Persediaan Membina Chatbot Anda

Fikirkan dua perkara ini sebelum kita mula.

1. Kenal Pasti "Use Case" Chatbot

Fikirkan satu proses berulang dalam kerja anda yang boleh diautomasikan dengan chatbot. (Cth: Menjawab soalan lazim tentang syarat kemasukan, memberi panduan pendaftaran kursus).

2. Kumpul Dokumen & FAQ

Sediakan 1-2 dokumen rujukan (PDF/Word) dan 5 soalan lazim (FAQ) yang berkaitan dengan 'use case' anda. Ini akan menjadi 'knowledge base' untuk chatbot anda.

Lembaran Kerja: Profil Chatbot

Gunakan ini sebagai asas untuk membina pangkalan pengetahuan chatbot anda.

Templat Prompt Universal (Interaktif)

Isi tempat kosong untuk membina prompt chatbot anda.

PROFIL & PERANAN UTAMA

1. Skop Tugasan

2. Gaya & Nada Perbualan

3. Sumber Pengetahuan

4. Peraturan & Etika

Ringkasan & Contoh Prompt

Poin-poin utama dan contoh aplikasi untuk arahan chatbot anda.

PROFIL & ARAHAN

  • Identiti: Beri nama dan personaliti yang jelas.
  • Objektif: Nyatakan tujuan utama bot.
  • Tugasan: Senaraikan tugas-tugas spesifik.
  • Gaya & Nada: Tetapkan cara bot berkomunikasi.

SUMBER & PERATURAN

  • Pengetahuan: Hadkan jawapan kepada sumber yang dibenarkan sahaja.
  • Had Skop: Sediakan skrip jika soalan di luar bidang.
  • Etika: Pastikan bot tidak mereka-reka maklumat.
  • Aliran: Kawal cara bot memulakan dan meneruskan perbualan.

Platform Pembangunan Chatbot

Amali: Membina Chatbot (Botpress)

Ikuti langkah-langkah untuk membina chatbot anda.

Refleksi & Maklum Balas

Kongsi pandangan anda untuk penambahbaikan bengkel pada masa hadapan.

Sila layari pautan di bawah untuk memberikan maklum balas anda.

Terima Kasih

Semoga bermanfaat.

@nurulainimoshidi

Ask Me